Tempahan & Pertanyaan

Prosedur Tempahan

1. Semak tarikh yang dihajati pada kalendar di bawah untuk memastikan samada Homestay Teratak Musafir masih belum ditempah. Status "busy" menunjukkan Homestay Teratak Musafir telah ditempah.



2. SMS/Whatsapp/Telegram dengan menggunakan format, "Nama penuh | No. telefon | Tarikh check-in | Tarikh check-out" atau call terus kepada Ibrahim (019 440 1808) atau Liza (019 430 1808).

3. Kami akan menghantar butiran akaun bank untuk anda membuat bayaran deposit. Depositkan sebanyak RM50/malam bagi mengesahkan tempahan anda.

4. SMS/Whatsapp/Telegram/Email bukti/nombor rujukan transaksi pembayaran deposit yang anda telah lakukan.

5. Kami akan menghantar pengesahan tempahan dan merekodkan tempahan anda dalam kalendar di atas.


Prosedur Pengambilan Kunci

1. SMS/Whatsapp/Telegram/Email/Call kami maklumat perjalanan anda (daripada mana, jangkaan masa ketibaan dan sebagainya) bagi urusan penyerahan kunci.

2. Ambil kunci di lokasi yang telah dipersetujui dan buat pembayaran baki sewa secara tunai dengan tukaran wang yang secukupnya.

3. Check-in Homestay Teratak Musafir adalah pada pukul 3.00pm. Jika anda memerlukan check-in lebih awal, sila berbincang dengan kami.


Prosedur Pemulangan Kunci

1. SMS/Whatsapp/Telegram/Email/Call masa jangkaan anda akan check-out.

2. Pulangkan kunci di lokasi yang telah dipersetujui.

3.  Check-out Homestay Teratak Musafir adalah pada pukul 12.00pm. Jika anda memerlukan check-out lebih lewat, sila berbincang dengan kami.


Prosedur Walk-In

1. SMS/Whatsapp/Telegram dengan menggunakan format, "Nama penuh | No. telefon | Tarikh check-in | Tarikh check-out" atau call terus kepada Ibrahim (019 440 1808) atau Liza (019 430 1808) bagi urusan penyerahan kunci.

2. Ambil kunci di lokasi yang telah dipersetujui dan buat pembayaran penuh sewa secara tunai dengan tukaran wang yang secukupnya.

3. Check-in Homestay Teratak Musafir adalah pada pukul 3.00pm. Jika anda memerlukan check-in lebih awal, sila berbincang dengan kami.


Sebarang Pertanyaan & Komen

SMS/Whatsapp/Telegram dengan menggunakan format, "Nama penuh | No. telefon | Pertanyaan@Komen" atau call terus kepada Ibrahim (019 440 1808) atau Liza (019 430 1808).


Peraturan & Larangan

Tetamu dilarang melakukan perkara-perkara tersebut sepanjang menginap di Homestay Teratak Musafir:
  • Membawa masuk pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah ke dalam homestay.
  • Merokok di dalam homestay.
  • Melakukan pembaziran elektrik atau air.
  • Membawa masuk item atau makanan yang diperbuat daripada sumber babi/khinzir.
  • Membawa masuk minuman keras/alkohol.
  • Membawa keluar perabot/peralatan milik homestay.
  • Menebuk, menampal atau mengikat sesuatu pada permukaan dinding, pintu, kabinet atau grill.
  • Mengubah kedudukan perabot atau membuat pengubahsuaian yang menyebabkan perubahan daripada keadaan asal homestay.
  • Keadan tidak terurus dan kotor pada bilik, ruang tamu atau dapur homestay.
  • Membawa binatang peliharaan/liar ke dalam homestay.

Keselamatan Barang Bernilai Milik Tetamu

Pihak kami tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kehilangan, kerosakan atau kemusnahan harta benda, aset atau wang milik tetamu sepanjang penginapan di Homestay Teratak Musafir. Walaupun demikian, kami sedaya upaya akan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan Homestay Teratak Musafir demi keselesaan para tetamu.